Kepada sesiapa yang berkenaan
Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
(Datuk Bandar)
Kepada sesiapa yang berkenaan
Pengepost : Pirates@KSM pada 6:32 PM 0 orang dah mula bercakap....
kebosanan melanda di hari sabtu.,..
MySayang.com gi opis hari ni.. katanya ada 14 fail nak disiapkan di ujung minggu selepas seminggu bertapa di US.. tadi dia cakap tinggal 6 fail lagi nak abeh.. esok aku larang dia gi opis sebab esok nak bermandi manda... (wajib - setengah tahun dah rancang, baru nak dilaksanakan di bulan Mac)
adeq pun gi opis hari ni. dia pun dah seminggu menginap di US. sunyi toll la hari ni..
malam ni ada jamuan raya di lorong. eh, jamuan raya cina (malas nak backspace and betulkan ayat)... dah bayar dah RM25 for my house and RM25 for MySayang.com's house.
hari ni teringin nak makan nasi ayam. tak tau napa.. boley je tetiba terhidu bau nasi ayam, padahal sebenarnya memang takda sape pun masak nasi ayam hari ni. just my imagination.. dah tanya MySAyang.com and adeq, dua2 tak reti nak masak nasi ayam.. cehhh... terpaksa la minta MySayang.com utk singgah alamanda and beli nasi ayam yang sedap tu. hahaha... malu siot
esok sesi riadah akan berlangsung. dah plan ngan a few OZF utk gi mandi manda kat area langat. frankly, aku sendiri tak tau nak pi mana.. janji ada air terjun, dah la.. hopefully semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan..
actually hari ni i'm supposed to go to niosh.. bebudak kursus tu ada aktiviti gotong royong hari ni.. memula ingat nak pergi, ntah cemane mlm td rasa malas and decided not to go hari ni.. nak rehat kat umah je..
smalam also, i got an annoying sms from a colleague at around 7.30 pm..
"sani, the arrival schedule on sunday 4 sunday would be at 11.55 am. u r on duty for those people. please contact driver. tq"
dalam hati: aik, boley plak camtu.. apsal tetiba cakap aku ada duty hari ahad?? bila masa lak nama aku ada dlm list jawatankuasa?
aku reply: why nobody inform me earlier? i am not free on this weekend..
dia balas balik: i don't know. rohani gave me the list just now and told me 2 inform u.
dalam hati: aku bengkek... takda perancangan tull la diorang ni... tak profesional!
aku reply: tell her i cannot make it. ask her to find someone else. she should let me know first before putting my name in the list..
dalam hati lagi: padan muka!
takpe lah...hari isnin nnt kita akan tengok apa kesannya...
Pengepost : Pirates@KSM pada 3:31 PM 1 orang dah mula bercakap....
ntah la wehs, aku tak tau nak tulis ape kat blog ni.
sekejap, idea datang mencurah-curah.. rasa nak cepat je tangan mencapai keyboard,. but then, rasa macam hilang akal, hilang segala-gala jenis idea utk menulis kat blog. sorri aaa cik blog (blog aku pompuan.. kena panggey cik),i tak tau la nak jamu u ngan ape mlm ni
baru balik dari port dickson jumaat lepas. ada kursus 4 hari kat sane. puas la baby 'j' erin ku menghidu angin bayu di tepi pantai PD. tak mandi pon lagi erin tu. sian dia, bertompok tompok je.
isnin ni ada exam ptk. heheh, malu nak sebut, tapi exam ni aku amik paper umum je yg kantoi hari tu. just got the buku rujukan yesterday. tak baca pape pon lg. cemane nak lulus ngan cemerlang? dah try nak amik buku tu and baca, tapi asyik gagal je. minta-minta la tabah hati ni..
ari tu masa kursus kat PD, mak call. citer pasal abang aku dah balik cuti kejap kat kuching. pastu dia demam.. bla bla bla ada lagi la yang aku citer kat mak aku. then dia tanya, MySayang.com dah diskas ke ngan mama nya? aisey.. berat sket nak menjawab hal ini. actually benda tu tgh diuruskan dengan seriusnya oleh MySayang.com, mama nya dan orang tengah yang telah dilantik. keh keh keh... last-last aku suh mak aku dtg kl bulan 5 ni. alang2 kalo sempat, jumpa parents MySayang.com kat sini. kalo tak sempat jumpa pon, dengan rela hatinya aku sedia drive ke kelantan dengan mak aku utk gi jumpa diorang.. target eventnnya memang tahun ni. tu pun kalo sempat. kalo nak wat majlis tunang and nikah sekali gus, aku amat yakin memang sempat tahun ni. tapi kalo nak wat asing2, mungkin takleh setel tahun ni kot. byk lagi benda nak pikir. byk lagi duit nak dicari. takkan aku nak rompak bank utk kawen? kang tak pasal2 dalam sijil nikah ditulis "Hakmilik dituntut oleh Jabatan Penjara Malaysia"..
tapi kan, bersedia ke aku nak pegang title "laki orang" ni? besar tanggungjawab. kena report sane sini, ape yang berlaku, ke mana nak pegi, ngan sape nak kuar, bape duit habeh hari ni. pastu kena benti merokok plak tu. ape la aku nak wat nnt kalo dah kawen dan tak isap rokok? takkan nak geget batang pensel kot? iskk.. bahaya lah., karbon tu...
tapi ada sorang insan yang aku dah lupa sapa, penah bagitau, kalo nak tunggu ready ke tak ready, takkan dapat anak la ko... belasah je.. kalo rasa dah start nak gatal tu, kawen je. heheh... aku memang dah lama gatal pon... kui kui kui... iskk.. ape yg aku merepek ni? hmm... ok lah, tahun nie aku declare.. aku dah ready nak settle down... orang tu pon macam ok je, leh terima kebaikan dan keburukan aku... dah bape kali dah wat test kat dia.. alhamdulillah pass je.. ehehe.. kompom dia tak sedar bila masa lak aku test dia... hehehe.. terpengaruh ngan rancangan tv dari barat la ni..
dah takyah la nak bagitau betapa aku sayang kat MySayang.com.
dunia ni indah bila kita pandai nak corakkannya. sebab tu kalo ada orang bunuh diri ke hape ke, aku assume diorang tersalah corak or ada orang corakkan yang tak elok utk diorang... sian kan? they couldnt find keindahan dunia yang telah terbentang depan mata.. selagi masih bernafas, hayati lah keindahan cinta, kemanisan cahaya yang Allah dah tunjukkan kepada kita..
hmm.. bila eh aku nak stadi ni?
Pengepost : Pirates@KSM pada 1:05 AM 0 orang dah mula bercakap....
amat letih sekali
minggu ni rasanya boleh direkodkan sebagai minggu yang memenatkan. selepas cuti panjang sempena tahun baru cina, hari isnin dimulakan dengan lapor diri kat tempat baru.
selasa dan rabu dok bilik miting dr pagi sampai malam...
hari ni ada seminar kementerian dengan social partners and jamuan tahun baru cina kementerian... petang nya plak gi NIOSH utk supervise kursus sijil perhubungan perusahaan tu..
malam ni rasa terlalu penat dan mengantok.. ingat nak tido awal, tp perut kenyang sangat lepas makan mee yang dimasak oleh nolee and echah...
tahap kesihatan masih tidak berubah.. batuk dan selesema...
mata terlalu berat...
Pengepost : Pirates@KSM pada 10:53 PM 0 orang dah mula bercakap....
Alhamdulillah, 11 Februari 2008 aku memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah di Institut Sumber Manusia Kebangsaan (ISMK), Kementerian Sumber MAnusia. Tugas di ISMK agak berlainan daripada tempat sebelum ini di BAhagian Dasar SUmber Manusia, KSM. Lepas report diri kepada PEngarah, aku terus ditempatkan di dalam Bahagian Latihan, the most challenging Division kat ISMK.
Tugas pertama aku adalah menjengah kat NIOSH, di mana seramai 60 orang Pegawai Perhubungan PErusahaan S41 yang baru dilantik menjalani kursus selama 3 bulan ala DPA. seronok jugak masa first time masuk dewan kuliah tempat diorang berkursus. Rasa nak gelak pun ada coz terkenang masa buat DPA dulu.
actually tugas kat ISMK ni belum lagi jelas coz belum ada fail meja. ISMK baru sahaja berusia setahun jagung. they say that ISMK is the brain of the Ministry. Semua yang masuk ke dalam ISMK adalah orang yang dihandpick oleh KSU sendiri. aku pun tak sure sejauh mana aspek "terpilih" ini applies to myself. dah la malas nak wat kerja, selalu je ilang dari meja. tp kalo aku ilang dari opis ku, cari je kat tangga belakang. aku slalu lepak kat situ sambil berasap menenangkan fikiran. ISMK sekadar menumpang di bangunan kementerian nie, sementara lokasi tetap dikenalpasti. so, bila aku join ISMK, meja kerusi pon belom ada. luckily my pengarah is very concern about this, so he suggested aku gunapakai je mana2 space yang ada utk buat kerja. he even suggested satu lokasi yang paling baik kat situ, that is sebelah pintu tangga kecemasan tempat kitorang berasap. alasan dia suggest tempat tu is that supaya aku senang nak pegi berasap and tak hilang secara kekal dari opis. hahahaha...
ada a few events yang kitorang akan organize and this morning i was given banyak task. on the 28 april, we will be organizing a national tripartite seminar kat hotel yang belum lagi dikenalpasti. serentak dengan itu, konvokesyen utk 60 S41 yang sedang berkursus akan diadakan. so it's going to be a major event of the year for ISMK. selain tu, pelancaran secara rasmi ISMK, logo and website ISMK juga akan dilakukan on that day. mesti sibuk lagi nanti.
today i spent the whole working hours dalam discussion room. from 9 am till 1.45 pm, then 2.15 until 8pm. this is the habit of ISMK, to brainstorm on issues pertaining the events yang akan diadakan. hari ni jugak, for the first time dalam sejarah perkhidmatanku, aku banyak bercakap dan memberikan idea dalam mesyuarat. tak pernah2 dibuat sebelum ini. agaknya aku dah berubah secara otomatik kot, selaras dengan kenaikan pangkat baru2 ni. cesss.....
whatever pun, kerja kat ISMK adalah amat challenging. expectation from KSU is very high and we can't afford to let him down. lepas ni aku akan very the sibuk person. mesti ramai yang kecik ati lepas ni coz tak dapat spent masa banyak dengan kamu semua. main boling is my third priority lepas keje and dating. ahaks...
i do hope that i can cope with the work here in ISMK.
p/s:
- esok ada executive talk kat NIOSH. maybe abeh lambat. rasa mcm nak bermalam kat NIOSH je memandangkan bilik untuk kami sentiasa tersedia. ahahaha. macam hotel plak..
- minggu depan gi kursus kat PD
- lepas kursus PD, ada exam PTK. wish me luck! i need to pass this exam!
Pengepost : Pirates@KSM pada 12:47 AM 3 orang dah mula bercakap....
ada a few songs yang maseh menjadi pujaan hatiku...
(ntah napa rajin sangat bukak youtube ni... huhuhu.. i predict that youtube is gonna be the next google.com . can find so many things there.. and i mean.. SO many things....)
come on.. vote your favourite song!!!
Pengepost : Pirates@KSM pada 12:55 AM 1 orang dah mula bercakap....
ahaks.. nothing special on this day... apart from the fact that i'm going to report myself to a new department in the morning..
Pengepost : Pirates@KSM pada 12:48 AM 0 orang dah mula bercakap....
Hari tu aku kena tagged by echah.. (Januari 18, 2008 pada 4:04 pm)
wat penat aku je.. tp takpe.. layankan je.... walaupun dah due hampir sebulan..
Azam tahun baru…
Kenangan pahit
Pengajaran Tahun 2007
Pencapaian paling bermakna 2007
Kalau ada pose menarik, sila paparkan di sini…(post ke pose? takpe, aku letak dua-dua…)
Tag 8 lucky friends?
huhu.. lucky nyerr.. malas la chah kalo nak sampai 8 orang... bukannya ada orang pon nak baca blog aku.. ni pon naseb baik aku tak letak blog ni private.... tak suke nyusahkan orang lain.. keh keh keh.. tp saspe yg nak rasa dirinya di tag, korang teruskan je la buat.. adios amigos
Pengepost : Pirates@KSM pada 11:03 PM 0 orang dah mula bercakap....
my laptop crashed.. tried to save all the data.. but unfortunately ter'format' everything, including the read-only partition which stored all data.
now everything's gone. and i mean EVERYTHING!! my songs, my documents, my PICTURES!!
and now i have to start all over again... who am i without my pictures... really sad...
and obviously i don't know whether i'm going to do blogging anymore...
so, before i pen-off, would like to say sorry to everyone.. till we meet again....
Pengepost : Pirates@KSM pada 3:20 PM 2 orang dah mula bercakap....
alhamdulillah, dah sampai pon kat pulau jerejak. left the office td pukul 9 lebey... naik X-Trail yang terpaksa dipandu slow. actually ada sebuah coaster yang sarat dengan barang2 meeting and takleh go laju. so have to ikut la blakang coaster tu.
lepas minum2 kat rawang, our journey continues with me, my driver and my penolong pegawai naik xtrail, sorang lagi driver bawak coaster tu sengsorang. i slept most of the journey, memandangkan malam tadi takleh tido. balik dari opis dah pukul 1.30 pagi. pukul 4 baru terlelap.
actually i have to singgah taiping dulu sebab nak setelkan saman. 22/11/07 ari tu xtrail ni kena saman. aku drive laju sgt. so, dengan rasa penuh tanggungjawab aku buat satu surat rayuan dengan alasan mengejar menteri utk dptkan tandatangan for memorandum jemaah menteri. aisey, terpaksa tipu polis plak.. tp yg betulnya, memang time tu sedang menjalankan tugas rasmi kementerian pon.
masa sampai kat taiping tadi, pusing2 gak cari balai polis. no idea kat mane the balai polis is. tetiba lak jumpa kereta peronda. kitorang follow kete peronda tu sampai la ke balai. keh keh keh... kena lak jumpa OCPD taiping ni. lepas bagi surat kat dia, dia catit nama and no IC aku. dia ckp, kali ini dia bagi warning. lepas ni takdak dah warning2. alhamdulillah la. kalo tak, melayang rm300 hari ni.
lepas tu kitorang teruskan perjalanan ke pulau pinang. tido lagi... hmm.. sedar2 je pukul 4 lebey dah masuk ke kawasan jeti pulau jerejak. but disebabkan perut yang lapar sbb belom lunch, kitorang gi cari nasi kandar dulu. makan kat batu maong. nama kedai tu kassim mustafa nasi kandar. dengar citer, kedai ni dulu penah jadi lokasi penggambaran filem anak mami ke mami tanjung. tak ingat lak. sbb byk sgt mami. huhu
pkul 6 kitoang standby kat jeti. lepas mempergunakan keringat orang nepal ni punggah semua barang2 yang memenuhi segenap ruang dalam coaster tu kitorang naik feri ke pulau jerejak. senang sket kerja sbb kitorang suh orang hotel yang tolong angkat brg2 semua. lepas inspect bilik persidangan and bilik urusetia, kitoang check in bilik.
alamakss... bateri fon dah nak kong.. nanti la sambung citer.. tata
Pengepost : Pirates@KSM pada 1:11 AM 0 orang dah mula bercakap....
kala malam bulan mengambang.. tajuk memang catchy... memang best dan sedap disebut... filem arahan mamat khalid dan pelakon handalan seperti rosyam nor memang boleh menarik minat orang utk ke panggung.. apatah lagi cerita melayu..
before aku rate citer ni, meh aku citer sket sinopsis filem ni.. actually tak penah dengar pun lagi title filem ni before this, until masa breakfast pagi tadi.. ada preview dalam paper... so i decided to nonton filem ini dengan a few friends, and of course nolee..
aku leh bahagikan filem ni kepada dua bahagian.. first bahagian yang memang kelakar giler... tabik spring lah... ngantok aku ilang (tayangan pukul 9.40 malam). walaupun mood aku hari ini direntap oleh something/ someone, tp the first part filem tu cukup utk buatkan aku senyum dan gelak.. cerita pasal misteri orang hilang di kampung ntahapekenamanya. rosyam nor sebagai seorang bekas wartawan secara kebetulan/ disengajakan telah singgah di kampung berkenaan untuk membaiki tayarnya yang pecah. apabila menyedari ada komplot/ konspirasi tersembunyi di kampung berkenaan, dia decide utk stay dan menyiasat.
memang banyak adegan kelakar dalam babak ini. contoh dialog yang aku ingat adalah:
***********
wak satay: oo, rumah mamat kabaret tu ya? di hujung sana, rumah warna kuning. ada sebuah sahaja rumah di hujung sana"
saleh (rosyam nor): (nasib baik ada sebuah rumah sahaja di sana. di dalam era hitam putih ini, agak sukar bagiku melihat warna-warna)(read: the whole story dalam filem ni hitam putih, melambangkan keadaan tahun berkenaan iaitu 1956)
***********
the rest of the lawaks tak dapat ditaip di sini kerana kemungkinan akan menjejaskan kutipan filem berkenaan.
now here comes the second part, which forced me to fall asleep..
lepas kebanyakan orang kampung yang hilang itu dijumpai di dalam tahanan pihak komunis, si saleh ni plak start la bermain cinta dengan che puteh. aku dah takleh follow dah kalo citer yang kita ketahui seram/ action/ komedi tetiba bertukar genre kepada romantik yang tak berkesan dan boleh membuatkan orang menyampah (same arr dengan iter james bond and satu lagi citer yang aku tak ingat namanya). so, bile start second phase of the film, aku tido and sampai la ke akhir cerita ini, aku takleh ikut dah jalan cerita nya.
so friends (and foe), gi arr nonton citer ni. tp cakap kat tokei panggung, korg nak bayar half price je, sebab after penduduk kampung tu diselamatkan daripada pihak komunis jerman, korang akan keluar sebab tanak tido dalam panggung...
Pengepost : Pirates@KSM pada 1:01 AM 2 orang dah mula bercakap....
Aku sedar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki
Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ
Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu
Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…
Pengepost : Pirates@KSM pada 6:27 PM 0 orang dah mula bercakap....
Ku pejamkan mata
Kau hadir di sisi
Ku hulurkan tangan
Kau sambut dengan kasih
Tenangkanlah hatimu
Agar bisa tersenyum
Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku
Ku pejamkan mata
Kau hadir di sisi
Bisik mesra darimu
Menyemai kasihku
Bahagiakan dirimu
Agar bisa ku senyum
Pejamkanlah matamu
Ku pasti di sisi
Untuk dikau kasih
Ku curahkan cinta suci
Yang tak mungkin terpadam
Akan terus membara
Bahagiakan dirimu
Di saat ku tersenyum
Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku
Janjiku kepadamu
Aku pasti di sisi
Pengepost : Pirates@KSM pada 6:22 PM 0 orang dah mula bercakap....
she's so fragile these days
some thing's bothering her mind
and i just wasn't there to keep her company
maybe the moment is not right
she's so fragile these days
my sweet love shed her tears
why isn't everyone around her understands?
the pain she's trying to hide?
a victim of misunderstanding i must say
maybe people doesn't understand her
or maybe people around her just doesn't bother
to listen to her heart
my sweet love
you can be as strong as anyone else
you can heal the wound someone made to you
if you only find the strength
that lies beneath in your heart
don't worry my love
i'll always stand by your side
Pengepost : Pirates@KSM pada 3:05 AM 0 orang dah mula bercakap....
alhamdulillah, mlm tadi kitorang (aku, zul, ezad and muzil) bergotong royong pasang katil yang dibeli dr ikea.. penat and pening gak nak pasang menatang nie.. konpius.. setelah bertungkus lumus memerah keringat, after a long hour and a half, katil pun siap dipasang... skang ni just nak beli tilam queen size je utk lengkapkan tempat beradu ni.. mlm tadi tido dengan amat selesa nya atas katil ni. hasilnya? pagi tadi aku bangun kol 8 pagi, sedangkan dah janji ngan encik timbalan ketua setiausaha kol 8 pagi gak..
january 2008 is going to be a very busy month for me. ministry's strategic plan meeting is scheduled to be held on the 16 - 19 january 2008 at pulau jerejak, penang. yesterday we had a meeting on this and our secretary general asked us to hold a pre-council meeting at malacca tomorrow. huarghhh.... sempat ke hah? meeting smalam habeh kol 7.30 malam.. pastu terus call hotel and do the booking.. kena buat surat jemput semua head of departments lagi.. buat buku program lagi, presentation KSU lagi.. benda-benda utk dibincangkan dalam mesyuarat pun kena sediakan..
so pagi ku hari ini dimulakan dengan briefing session with TKSU. then at 9 am, i have to chair a meeting on program pakar since my boss had to attend a last minute meeting with KSU. after the meeting, KSU panggil utk bincang pasal preparation esok kat melaka. pastu kena buat presentation dia lagi. break kejap dari kol 1 hingga kol 2. then sambung lagi buat presentation dia. kol 3, balik ke opis, have to finalize the name list of participants for tomorrow's event. then rushed to a' famosa resort in malacca. spent at least 1 hour there and then balik ke putrajaya. settle keje kejap kat opis, baru bleh balik umah.
tomorrow check list:
1. memo to KSU - mohon kelulusan mengadakan mesyuarat di luar kawasan pejabat
2. preparation utk meeting - logistik, materials, last minute confirmation of attendance, etc
3. another memo to KSU - mohon kelulusan peruntukan utk mengadakan mesyuarat di pulau pinang
4. finalizing KSU's presentation
5. etc... etc.. etc
6. merempit ke melaka utk mesyuarat
however, i'm not gonna stay at the hotel tomorrow (katil baru mane leh tinggal..) hahaha..
next monday, i have to mengurusetiakan mesyuarat pakar. and yet, up to this very moment, satu hape pun preparation for that meeting tak buat lagi... so sabtu ahad ni kena korban sket masa utk berdating.. kena datang berkampung kat opis..
walau pun sibuk, tapi rasa puas hati sket sbb semua orang bagi cooperation.. thanx a lot to my staff!
Pengepost : Pirates@KSM pada 10:46 PM 0 orang dah mula bercakap....
anda tau tak saya demam? mesti la anda tau kan, sebab dah baca post ini. tapi apa yang anda tak tau (lepas baca ni, anda akan tau) adalah saya telah demam selama 3 minggu.
segala-galanya bermula pada 9 disember tahun lepas (2007). kononnya nak sangat demam sebab nak escape satu miting pada 10 disember kat picc. so petang 9 hb tu, saya telah bermain-main hujan dengan riangnya di perkarangan rumah cikgu yan. malam itu badan saya telah mula terasa panas yang melampau. lantas saya hantar SMS kepada beberapa orang penting di ofis mengatakan saya akan MC pada esok harinya.
esoknya, 10 hb saya cuti. ingat nak gi klinik, tapi rasa malas plak. so duduk je kat umah. 10 hb saya rasa malas untuk ke pejabat. so, EL. dua hari ini rakan baik saya adalah panadol aktifast! (baca: saya demam betul2, bukan main2. cuma tak nak gi klinik je). hari rabu, 11 hb saya masuk opis. melambak jugak la kerja atas meja. sebab KPSU saya dah pergi ke geneva pada hari semalamnya. malam itu, saya menggigil. demam datang lagi. saya tak larat nak buat apa2 (bukan manja tapi memang tak larat langsung). so hosmet saya dengan baiknya telah membawa saya ke klinik di taman equine. doktor bagi MC dua hari, khamis dan jumaat. saya ikut nasihat doktor. saya cuti sakit pada kedua-dua hari itu.
hari isnin seterusnya, saya masuk opis. tapi tak lama sebab diarahkan bertugas di parlimen. timbalan menteri ada soalan lisan yang perlu dijawab dan saya diminta oleh timbalan menteri untuk briefing beliau mengenai soalan berkenaan. demam saya datang dan pergi sesuka hatinya. hari selasa, saya pergi ke parlimen juga sebab penggulungan perbahasan peruntukan tambahan 2007 di dewan negara. lepas tamat penggulungan, saya balik ke rumah terus.
hari rabu, sehari sebelum hari raya aidiladha, saya bertolak ke kelantan. demam masih juga belum pulih. sekembalinya dari kelantan pada 25 disember, saya rasa seperti ingin mengunjungi pusat kesihatan putrajaya. 26 hari bulan dua belas, saya ke klinik kesihatan putrajaya untuk diperiksa oleh doktor. lepas membuat ujian darah, saya diberitahu ada berbilion-bilion bakteria sedang berpesta di dalam darah saya. doktor menyarankan agar saya mengambil ubat antibiotik dan vitamin B2 untuk melancarkan perjalanan aliran darah.
tuan-tuan dan puan-puan,
esok ubat antibiotik saya akan habis. lusa insyaAllah sekiranya keadaan ini tidak berubah, saya akan menjalani satu lagi ujian darah. doakan kadar kesihatan saya akan bertambah baik dan demam yang sungguh pelik ini sembuh sepenuhnya.
saya tidak akan lagi bermain-main di perkarangan rumah cikgu yan time hujan selepas ini!!
Pengepost : Pirates@KSM pada 1:38 AM 0 orang dah mula bercakap....
hah???!!! dah tahun 2008 dah?
today is a very very tiring day for me. as early as 9.30 am (awal la tu..), someone wake me up for breakfast. takpe la.. long term commitment. hahaha. after having a light meal, we went to a lawyer's office. details? not for me to tell...
lunch kat sunway piramid, sambil meraikan shikin baik's wedding. we couldn't make to her wedding ceremony last time. rasa bersalah sangat2 la plak memandangkan she's nolee's best friend. and a friend of mine too. so we invited her and her husband to a very authentic meal at ole-ole bali restaurant which came to my interest after reading a review in the star.
the food was so nice, the drinks are different from others. the environment was chill and calm and very entertaining. but on top of all that, i just like to duduk bersila there! (nak tengok gambar? gambar? gambar? hah, tengok la dulu, kalo aku rajin nak mengupload. ingat senang ke nak upload gambar lepas re-install window laptop ni? :p)
after lunch, nolee and i went window shopping. we planned to watch alvin and the chipmunks but GSC takdak itu show maaaa.... while pusing pusing the busy sunway piramid, we did come across few interesting items that we wanted to buy, but in the end, we just couldn't make up our mind either to buy or not.
lepas berjaya menimbulkan rasa bosan di sunway piramid, kitorang balik ke lestari putra. nak survey rumah-rumah untuk disewa. jumpa arr 2 - 3 buah rumah yang boleh disewa but the rent was quite high.. RM500. takpe lah, it's up for them to decide. (erkk.. 'them' refers to nolee and echah). then we went to makan again at Coffee Station (this tempat makan is gonna be my favourite from now on). had a nice rainbow fried rice and kaya+butter toast (double) with tea cham ice. nolee had pan mee and mocca+cappucino ice. alhamdulillah, kenyangggg.... pastu kitorang gi plak cavensi. hajatnya nak membeli sebuah katil since my room dah dihuni sama oleh beberapa jenis serangga dan makhluk perosak. i read about katil bujang berharga RM99 je kat situ. the salesgirl (or rather saleswoman i guess since she was a bit 'old' to be called 'girl') told me about something interesting. bedroom package RM699. boleh bayar ansuran, boleh simpan dalam store cavenzi up to 6 months! best-best.... but then, kalo beli set tu, kena overhaul la my bilik ni, nak muatkan the whole bedroom set. nasib baik la nolee bisikkan something yang membantutkan niat utk membazir RM699. "takpe laa, lenkali mesti ada lagi offer cam ni..." at last, katil murah tu pun aku tak beli.
sampai2 je kat umah, razi plak ajak gi ikea. kat ikea, mata jadi liar plak nengok barang2 kat situ. nasib baik la aku bukan anak jutawan. kalo tak, even rumah sewa ni pun aku akan penuhkan dengan barang2 ikea. manyak cantikkkk wooo (believe it or not, that was my first time going to ikea). memang laa, i don't like to go to ikea. coz baru je sekejap kat situ, dah rasa nak memborong. huargghhh....
kat ikea, i bought KATIL!!! ya tuan-tuan dan puan-puan. saya telah membuat satu perolehan, sebuah katil! bukan katil bujang, tapi queen size nyer katil!! hahaha... actually, bukan katil pon namanya. orang panggey benda tu as bed frame ke hape ntah.. tak ingat... harga pun boleh tahan kompetitif.. RM 199. but it looks nice and simple. hangkut arr skali dengan bed side drawer harga RM49. then beli jugak cermin muka harga RM29. hahaha.. all in all, ada la beratus jugak duit aku terbang malam ni.
esok petang aku bertekad utk balik awal dr opis dan mengerjakan katil aku yang telah lama aku idam-idamkan selama ini.
Pengepost : Pirates@KSM pada 1:06 AM 1 orang dah mula bercakap....
2007 saw few tremendous experiences for me. there were dark ones, and there were also some joyable moments.
below are the wish-list that i have for 2007:
1. get rid of my kancil - done!
2. someone to share my love - DONE!!!
3. my own house - undone
4. phone/ gadget/ electronic species - almost done!
5. sofa & bedroom set - ??? nope, long long way to go (only managed to get the 29" flat tv)
6. balik raya - hahaha, mantap! penerbangan ehsan Kerajaan Malaysia - boleh jumpa bonda terchenta!
7. increase my ASB fund - duit asyik keluar masuk.. susah nak jangka
i have made three trips to kelantan this year. hopefully in 2008, it will be my second home.
i have polished my BJE two times throughout 2007. but still, BJE ada banyak scratch lagi.
i failed to be the best officer in the office! ada orang dengki, sakit hati and also because of my kemalasan @ laziness.
i have found someone! and i think this one is gonna last forever. meet her family and some of her close friends. shared laughters, bengongs. yup, i even had made her cry few times (sowie sayang).
ada jugak kenangan pahit awal tahun. hmm, tanak citer kat sini..biarlah jadi pengajaran
to all yang dah antar new year wishes, i thank you a lot. sorry kalo tak dibalas, bukan sombong tapi i have my own reasons.
Pengepost : Pirates@KSM pada 3:14 AM 3 orang dah mula bercakap....
pernah tak kejar skuad perodua era?
semalam masa nak gi amik nolee and echah gi makan, terdengar kat radio era yang skuad tu ada kat tasik bangi. punya la nak kejar sebab cuma ada 20 minit je. gi amik echah dulu, pastu br gi bangi. masa lalu kat tasik tu, skuad perodua era dah takdok. terlepas la plak...
petang tadi, lepas birthday party kat umah kak yan, kitorang gi kl. cadangnya nak gi sogo - shopping hujung tahun. but carpark full plak and we didn't know where else to park tayar-tayar. hilang arah dan tujuan kejap. bila bukak radio era, rupanya skuad tu ada kat taman tasik titiwangsa. ape lagi.. kejar arrr...
penat gak pusing tasik tu, cari lokasi skuad. bila dah sampai, nak parking pun takleh sebab banyak kete. terpaksa lak parking tepi jalan. hadiah yang ditawarkan memang banyak. ada tiket masuk sunway lagoon, t-shirt, cap, sticker, barangan eksklusif era dan banyak lagi. i had the chance to win two tickets to tayangan perdana citer gameplan. the question was "name three ibu negeri yang mempunyai frekuensi radio era yang sama". i answered kota bharu, selangor dan kl! damn!! what was i thinking?? selangor and kl is not ibu negeri. hahahaha... melepas arrrr.. kuciwaaaaa....
nolee plak berpeluang dapat t-shirt eksklusif anak halal. the guy actually asked us to keluarkan our MyKad to see who have the most "T" in our names. nolee have one, so she wentto the second phase. this time it was the letter "E" that they looked for. nolee also have one. so dia dengan ada sorang guy ni compete with each other in the next round. diorang kena teka umur lawan masing-masing. sape yang boleh teka dengan tepat or paling hampir, dia dapat t-shirt tu. nolee pun teka la umur orang tu. "30!!!"
and the other guy teka umur nolee "23!".. guess what, nolee is 25, and that particular guy yang datang dengan anak dia yang umur lebey kurang 4 /5 tahun is actually 26!! so he managed to jawab paling tepat and menang la t-shirt tu...
walaupun tak menang pape, kitorang dapat la jugak stiker anak halal satu... boleh la daripada takda pape kan..
i think i want to make this a hobby la plak.. mengejar skuad perodua era.. hahaha...
tak citer lagi pasal raya kat kelantan hari tu.. takpe lah.. next time!
Pengepost : Pirates@KSM pada 8:26 PM 5 orang dah mula bercakap....
Pengepost : Pirates@KSM pada 12:46 AM 0 orang dah mula bercakap....