anda tau tak saya demam? mesti la anda tau kan, sebab dah baca post ini. tapi apa yang anda tak tau (lepas baca ni, anda akan tau) adalah saya telah demam selama 3 minggu.
segala-galanya bermula pada 9 disember tahun lepas (2007). kononnya nak sangat demam sebab nak escape satu miting pada 10 disember kat picc. so petang 9 hb tu, saya telah bermain-main hujan dengan riangnya di perkarangan rumah cikgu yan. malam itu badan saya telah mula terasa panas yang melampau. lantas saya hantar SMS kepada beberapa orang penting di ofis mengatakan saya akan MC pada esok harinya.
esoknya, 10 hb saya cuti. ingat nak gi klinik, tapi rasa malas plak. so duduk je kat umah. 10 hb saya rasa malas untuk ke pejabat. so, EL. dua hari ini rakan baik saya adalah panadol aktifast! (baca: saya demam betul2, bukan main2. cuma tak nak gi klinik je). hari rabu, 11 hb saya masuk opis. melambak jugak la kerja atas meja. sebab KPSU saya dah pergi ke geneva pada hari semalamnya. malam itu, saya menggigil. demam datang lagi. saya tak larat nak buat apa2 (bukan manja tapi memang tak larat langsung). so hosmet saya dengan baiknya telah membawa saya ke klinik di taman equine. doktor bagi MC dua hari, khamis dan jumaat. saya ikut nasihat doktor. saya cuti sakit pada kedua-dua hari itu.
hari isnin seterusnya, saya masuk opis. tapi tak lama sebab diarahkan bertugas di parlimen. timbalan menteri ada soalan lisan yang perlu dijawab dan saya diminta oleh timbalan menteri untuk briefing beliau mengenai soalan berkenaan. demam saya datang dan pergi sesuka hatinya. hari selasa, saya pergi ke parlimen juga sebab penggulungan perbahasan peruntukan tambahan 2007 di dewan negara. lepas tamat penggulungan, saya balik ke rumah terus.
hari rabu, sehari sebelum hari raya aidiladha, saya bertolak ke kelantan. demam masih juga belum pulih. sekembalinya dari kelantan pada 25 disember, saya rasa seperti ingin mengunjungi pusat kesihatan putrajaya. 26 hari bulan dua belas, saya ke klinik kesihatan putrajaya untuk diperiksa oleh doktor. lepas membuat ujian darah, saya diberitahu ada berbilion-bilion bakteria sedang berpesta di dalam darah saya. doktor menyarankan agar saya mengambil ubat antibiotik dan vitamin B2 untuk melancarkan perjalanan aliran darah.
tuan-tuan dan puan-puan,
esok ubat antibiotik saya akan habis. lusa insyaAllah sekiranya keadaan ini tidak berubah, saya akan menjalani satu lagi ujian darah. doakan kadar kesihatan saya akan bertambah baik dan demam yang sungguh pelik ini sembuh sepenuhnya.
saya tidak akan lagi bermain-main di perkarangan rumah cikgu yan time hujan selepas ini!!
Wednesday, January 2, 2008
Pengepost : Pirates@KSM pada 1:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment